Sunday, October 31, 2010

IBU construction 6(the final day) - THE DOME!!!






pada hari ahad bermula pukul 9 construction dome bermula di site iaitu ditanah lapang hbp..dome akan dibina setinggi 8 kaki...

pada hari itu alhamdulillah ramai pelajar yang hadir untuk membuat dome...

bahaye tu,.,
dome separa siap...

urat nampak...


liyana dr jauh melambai hehe
berusaha la...ganbate...


tidakkkkk!!!!.....kapal terbang tu nak langgar bangunan.....aaaaa!!!!
banner soul shift..lawakan..thanz en Lii

dome yang sudah siap...

kat sini ade satu video dome construction..so sesape nak tengak klik aje hehe


kerja tambahan...hehe




sblm pembaikian strut saya dan liyana pergi ke studio untuk mengemas dan mengatur segala brg projek yang ade...kami membuat pembersihan ini kerana kami tidak sanggup melihat kawasan studio berselerak..

tgh susun dymaxion..bnyk..
dome...,


hehe liyana..
keadaan bilik selepas dikemas..

IBU construction 5 - THE DOME!!!

pada keesokkan hari nye kami menyiapkan strut kami..seperti sblm ini kami akan buat bersama dengan yang lain agar memudahkan kerja...memandangkan gambo tiada saya tak dapat nak buat ape2

step2 construction strut:

1. buluh diukur dan dipotong
2. connector dibakar sehingga lembik tapi jng lembik sngt...
3. connector yang masih panas dimasukkan ke strut dan dibiarkan sejuk
4. lebihan ujung strut akan dipahat/dipotong
5. connector dan strut itu akan di skru

disini saya ingin mengucapkan terima kasih pade..aada pembakar connector, mimie, nad, liyana..dan mereka2 yang terlibat...

to be continue...

Saturday, October 30, 2010

IBU construction 4 - THE DOME!!!

\pembinaa dome kembali semula kami akan membina dome setinggi 8 kaki...tetapi malangnye sewaktu pembinaan dome tersebit banyak strut tidak dapat digunakan..ada antara strut tersebut connecternye tercabut dan sebagainye...tambahan pula dome itu akan digunakan sbg tmpt segala aktiviti oleh itu sbg langkah keselamatan..

pembinaan tersebut dihentikan dan semua pelajar harus membuat strut yang baru..dan mula la hari yang penuh dengan tension (T-T)

buluh2 di bawa ke sini dahulu untuk memudahkan pelajar...



kerja pengangkutan sedang dijalankan


best gile naik lori hehehe


ade juga sesetengah pelajar sudah mula membuat strut masing2...walaupun penat kite mesti enjoy...


pemunggahan barang aka buluh
banyak nye buluh>...

wow hebatttt!!!!!!!!!


eh...kaki sape nieee.....

pemunggahan masih lagi belum habis pada waktu maghrib...tetapi ini adalah lori yg terakhir..
relax sekejap

walaupun sudah mlm pelajar masih lagi belum pulang dan meneruskan kerja mereka...



to be continue....

Saturday, October 23, 2010

RUS 101 Assignment : Project 10



DYMAXION

first2 saye dengar nak wat benda nie mmg excited jgk la...kesemua gambo ataupun memories kite dikumpulkan dan di mortage kan bersama agar apabila kite pusing kan globe tersebut kite akan nampak segala-galanye tanpa ade penghujung nye.

ini adalah gambar mortage saye yang akan diletakkan di cardboard

dan cara2 perlaksanaannye...

1. buat satu format file jpeg yg mengandingi bgambar yg sudah dimortage kan
2. cardboard dihantar ke kedai untuk diprintkan ke atas cardboard...di sini saya ingin mwengucapkan terima kasih pade m kerans menolong.
3. cardboard dipotong dan disambungkan ke bahagian/lubang masing2
4. globe terbentuk

RUS 101 Assignment : Project 9


Tajuk utama project kali ini ialah MIND SHIFT - transformasi minda. ahli kumpulan saya terdiri daripada :

Yang Aida
Nadia
Liyana
Suhailah ( me)
Shu Hui

the sub topic for us is :

Time For Talk Alone Is Dying:We Need To Unite, Share, Serve & See Change

tajuk yang diberi ini mempunyai maksud yang tersendiri iaitu unity. ini kerana apabila kite berseorangan kite tidak mampu melakukan sesuatu tetapi jika dalam satu kumpulan yang besar kite mampu membuat sesuatu yang menakjubkan ataupun sesuatu yang besar..kerja yang kita lihat susah jika berseorangan akan dilihat mudah jika kite bersatu...example yang paling mudah dilihat ialah pembinaan strut hal ini kerana jika kite tidak saling berkerjasama kita mungkin tidak mampu melakukan dalam mase yang singkat dan hasilnya begitu berkualiti.

melalui ape yang kite fahami dan juga ape yang telah kami lalui sepanjang di studio 100 ini kami dikehendaki membuat 300 word, dan alhamdulillah misi kami tercapai atas setiap kerjasama, pendapat yang sungguh hebat2 berlaka.

kerja kami diteruskan dengan 1500 word dimana tajuk utama kali ini ditukar kepada
SOUL SHIFT - anjakan jiwa.

dan alhamdulillah kami siap menyelesaikan dengan jayanye bersama poster kami



first poster tapi kena reject (sedihnye...(T-T))

yang kedua punye lawakan (nasib baik idea dtg terjah hehe dan thanz kepada rakan2 saye hehe)

The Malay Worldview by PM Talhah

Tasawwur bermaksud suatu gambaran pemikiran seseorang terhadap sesuatu perkara. Perkataan ini berasal dari kalimah Arab iaitu

i.Suatu tanggapan terhadap rupa sesuatu yang dapat dikhayalkan.

ii.Cuba memberi gambaran terhadap sesuatu.

iii.Memberi gambaran yang sebenar terhadap sesuatu.

rujukan : http://ubaimtst.blogspot.com/2007/09/pengertian-tasawwur-islam.html

melayu membawa maksud mereka yang bercakap bahasa melayu dan mengamalkan adat melayu. ini bermakna tasawwur melayu adalah suatu gambaran pemikiran seseorang terhadap mereka yang bertutur bahasa melayu dan mengamalkan adat melayu.

jikalau melayu membawa maksud sebegitu bagaimana pula dengan rumah melayu..

rumah melayu dikenali dengan rumah kayu atau rumah kampung. rumah yang mempunyai unsur alam dan juga pengudaraan yang cukup baik. tambahan pula rumah melayu didirikan atas tiang, mempunyai bumbung yang condong, ukiran kayunye yang lawa dan juga cara pembinaan yang cukup unik. jika dilihat terdapat pelbagai bentuk rumah melayu di Malaysia tetapi apekah ciri2 yang sebenar dimiliki oleh rumah melayu??

Personal survivor by En. Ruhizal Roosli

pada hari jumaat hari itu kami mendengar taklimat mengenai personal survivor....bile saya mendengar mengenai taklimat ini saya teringat kembali kepada jungle tracking pada hari sabtu tersebut, under desasiswa Restu...klu diikutkan saya punye survival kit mmg takde yg saya bawa hanye lah KAMERA dan air.....klu diikutkan saya sepatutnye membawa brg2 yang membantu saya untuk survive bukannye brg2 yang kurang penting..

dari segi attire alhamdulillah memenuhi syarat...

sebelum memasuki hutan kitaorg telah diberi amaran dan sebagainye antaranye safety dan panduan untuk mencari jalan pulang jika sesat. jika kami sesat pergilah ke arah laut kerana melalui persisiran laut kite dapat menemui jalan pulang dan kembali ke dalam kumpulan masing2 dan alhamdulillah semua selamat

dalam menempuhi peredaran zaman ini kite seharusnye sedia menempuh segala dugaan dalam setiap zaman tersebut...tidak kiralah betapa susahnye kite mesti menempuhnye, klu tidak kita akan ketinggalan dan mungkin tidak dapat diselamatkan.


Sunday, October 10, 2010

APEX lead to 2012


pada hari itu (4/10/2010),PAGI, saya TIDAK DAPAT HADIR ke E48B kerana saya pergi ke PUSAT SEJAHTERA untuk MEMBUAT X-RAY...dan akhirnya keputusan x-ray saya
negative...dan saya disyaki hanya OTOT KAKIi saya INJURED

kemudian pada sebelah petang saya demam teruk...


Thursday, October 7, 2010

IBU construction 3


IBu construction diteruskan beberapa hari kemudian, memandangkan XMen group 1 tidak hadir lagi peganti ketua telah dilantik untuk memimpin rakan yang lain....

taklimat daripada peganti ketua untuk kerja penyambungan

rakan2 lain bersiap sedia dengan buluh masing2


memandangkan kaki ku sakit akibat terseliuh dan masih belum pulih walaupun seminggu lebih sudah berlalu, saya terpaksa melihat dari jauh dan membantu ape yang patut (T-T)





connector disambungkan dengan bolt and nut



strut yang sudah selesai disambungkan


IBU construction 2


selepas menerima taklimat dari En Wan, kami terus menuju ke bahagian bengkel untuk mendengar taklimat dari X men.....

kami bercadang ingin membuat kerja tersebut pada hari itu juga kerana takut waktu tidak mencukupi dan mungkin terjadi sesuatu tanpa kami duga seperti buluh rosak dan sebagainya..

kerana kekurangan bahan kami memulakan kerja dengan mengukur kepanjangan paip yang dikehendaki untuk membuat connectionnya...


selepas bantuan sampai iaitu gergaji, pita ukur dan alatan yang lain kami mengagihkan kerja mengikut kekuatan masing2...

sue - gergaji buluh
nad - ukur
aada - ukur
mimie - gergaji paip
liyana - gergaji paip

selepas selesai bahagian gergaji kami berhenti berehat seketika, dan 30 minit kemudian kami menyambung kembali kerja dengan kerja yang lain iaitu memanaskan paip dan mengetam...dalam masa yang sama kerja meraut buluh dilaksanakan

meraut buluh - liyana dan nad
mengetam dan memanaskan paip - sue, mimie, ada





paip yang sudah siap di connect ke buluh yang sudah siap diraut..

tapi malangnya ade buluh yang rosak ketika cubaan memasukkan paip tersebut...


dan pada belah petang itu juga kami terus pergi kembali ke site untuk mencari buluh yang sesuai dng paip masing2 dan akhirnya kami berjaya....buluh tersebut dibawa ke HBP untuk diraut dan memasang paip pada keesokkan harinya